Saturday 23 May 2015

(VIDEO) Apabila Jurulatih Gym Ini Belasah Gadis ‘Nerd’


#GERMAINE Yap pastinya berjaya mengubah persepsi orang lain terhadap seorang gadis selepas dia menyamar sebagai nerd di sebuah gym untuk mengenakan prank kepada jurulatih di situ.

Germaine yang merupakan peninju profesional #Muay Thai terlatih, berpura-pura tidak pandai bertinju sehinggalah pada satu saat dalam video ini, dia mengeluarkan segalaskill untuk menewaskan ‘abang-abang’ di gym itu.

Memang sesuai pepatah orang putih #Don’t judge book by it’s cover.. terus pihak lawan Germaine terkejut dan kagum dengan kebolehannya bertinju dengan baik.

Mana tidaknya, sudah 6 tahun berkecimpung dalam arena perlawanan antarabangsa malah mewakili Malaysia, sudah pasti #Germain sangat mahir dalam bidang ini.

Video yang baru dimuat naik 3 hari lalu ini menjadi viral hinggakan sekarang, ia sudah mencecah lebih 2 juta tontonan di #Youtube!

Sumber – MYNEWSHUB.CC


4 Perkara Penting Tentang Sultan Nazrin Yang Ramai Tak Tahu ...


Hari ini satu lagi sejarah tercipta di negeri Perak Darul Ridzuan, dengan penabalan Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak yang ke-35. Penabalan tersebut adalah sebagai menggantikan ayahandanya, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang mangkat kira-kira setahun lepas.

Pertabalan baginda menerima reaksi positif rakyat Perak khususnya, yang sememangnya mengenali Sultan Nazrin sebagai raja yang berkaliber dan berhemah tinggi.

Berkongsi artikel yang dimuatnaik dari portal Mylaunchpad, di bawah adalah 4 sebab mengapa Sultan Nazrin begitu dihormati dan disayangi rakyat.

Bijak dan berkredibiliti
Bukan hanya kerana baginda memiliki PhD dari Universiti Harvard, tetapi baginda disifatkan sebagai cendekiawan yang sering memberikan buah fikiran dan pendapat bernas dalam pembangunan negeri dan negara.

Prihatin dan rendah diri
Baginda bukan wajah asing di kalangan rakyat jelata apabila sering muncul di kampung-kampung, malah baginda juga sering melawat perkampungan Orang Asli. Baginda juga tidak segan silu untuk turut padang membantu apabila ada bencana melanda rakyat.

Low profile
Antara raja yang sering mendapat perhatian, namun baginda tidak gemar mendedahkan kehidupan peribadinya kepada umum. Perkahwinannya dengan Tuanku Zara Salim pada tahun 2007, dilangsungkan serba sederhana. Baginda juga mahukan upacara pertabalan baginda tidak diraikan secara berlebih-lebihan.
Tampan
Sesiapa pun tidak boleh menafikan fakta Sultan Nazrin dikurniakan rupa paras yang tampan. Tak hairanlah sebelum berkahwin, baginda sering dilabel sebagai ‘Most Eligible Bachelor’. Jodoh baginda dengan Tuanku Zara disifatkan ramai sebagai ‘a match made in heaven’.
sumber : http://penpatah.blogspot.com/



Benarkah Tabligh tak Bela Anak dan Isteri ??? Ini Jawapan dari seorang Tabligh...

Nota Editor: Perkongsian ini telah ditulis oleh #Tuan Ali Russia di laman Facebook milik beliau. Dengan izin daripada beliau, kami kongsikan semula di sini tanpa mengubah apa-apa gaya bahasa dan ejaan di atas permintaan beliau. Semoga bermanfaat.

Allahu – #Orang Tabligh tak bela anak dan isteri..?

Barakallahu…#Bhai, aku baru 2 hari balik dari Timor Leste, pulang ke Maqomi, ada yang menyambut dengan gembira, menyapa dengan bersahaja dan ada juga yang pandang sini bersahaja…tak apa, semua aku buat kerana Allah Taala., apa pun aku dah tunaikan sebahagian daripa hak hak Kalimah yang aku ucapkan sedari aku pandai bercakap hingga ke sekarang..


Biarkan mereka yang tak senang dan tak berapa gembira dengan kepulangan aku, kalau dah tak suka dengan Dakwah, lebih lebih lagi orang orang Tabligh ni, apa boleh buat…orang orang Tabligh sikit pun tak rugi, malahan untung berganda ganda…lebih lebih lagi kalau di umpat dan di cerca…dapat lah lagi pahala #percuma..!!!

Bhai, ada juga suara suara sumbang di belakang yang bercakap dan aku sememangnya dah tahu mereka ini sentiasa mengintai ngintai di wall medium #facebook aku, cuba untuk mencari kelemahan dan menyebarkan gara gara tak suka kan kerja #Dakwah Tabligh…

Oleh kerana mungkin mereka dah tak tertahan melihat posting posting aku yang secara telus dan ikhlas menceritakan segala ehwal kehidupan ber #Tabligh aku dan juga kehidupan mereka mereka yang buat usaha agama maka mereka mereka yang bersuara sumbang ini telah menghantar “meseg pendek” dengan cara seorang “pengecut” kata mereka (aku panggil Hantu Raya) di meseg inbox aku…

“Tabligh tabligh jugak…anak nak kena bela, bini nak kena jaga.” – Hantu Raya 1
“Asyik agama jer…dunia nak kena ada juga.” – Hantu Raya 2
“Orang lain pun buat Dakwah juga bukan orang Tabligh jeer.” – Hantu Raya 3

Aku…Hahaha…maaf, Bhai aku kena gelak dulu sebelum aku jawab secara “Bodoh” akan soalan dan statemen “Terbodoh” dari #Hantu Hantu Raya tadi…

Jawapan aku untuk Hantu Raya 1

“Memang aku tak bela anak dan tak jaga bini…yang bela anak dan jaga Bini aku ialah Allah Yang Maha Kuasa…”

Jawapan aku untuk Hantu Raya 2

“Hidup aku untuk agama bukan untuk dunia, sebab tuu dunia datang cari aku tanpa aku susah payah kejar dunia…”

Jawapan aku untuk Hantu Raya 3

“Korang buat lah Dakwah cara korang tetapi aku Yakin hanya Dakwah cara Nabi jer yang Allah terima..”

Allahu Bhai, sebenarnya kata Masyaikh kita, orang orang yang berpandangan dan berfikiran seperti Hantu hantu Raya ni “tak perlu” pun kita layan…kita buat jer Dakwah lagi dan lagi sampai kita takda lagi..

Bagi sesiapa yang korbankan diri harta dan masa maka ketahui lah bahawasanya Allah lah yang menjadi Pemelihara akan kehidupannya, bukan sahaja dirinya malahan anak, isteri dan harta bendanya, malahan rezekinya Allah akan mudahkan tanpa bersusah payah, ini lah keberkatan yang Allah anugerahkan kepada pekerja pekerja agama.

Kita selalu dengan Bayan orang orang lama di dalam kerja Dakwah Tabligh, kata mereka…

“Kerja ini adalah kerja pilihan, bukan kerja kebolehan atau kepandaian, sebagai contoh…satu orang telah di pilih oleh Majikannya bagi menjadi wakil majikan untuk bekerja di luar negeri, maka sudah pastilah orang yang di ambil oleh majikannya itu merupakan orang yang terpilih di antara ramai orang, oleh kerana ada keistimewaan pada diri orang itu maka dia telah di hantar untuk mewakili majikannya, jadi bila di hantar maka sudah pasti lah majikannya akan menyediakan segala kemudahan untuknya bagi memudahkan kerjanya…gajinya akan dinaikan, elaunnya akan di berikan, rumah akan di sediakan dan berbagai kemudahan lagi, begitulah halnya dengan pekerja pekerja agama, Allah Subhanawataala akan memudahkan kehidupannya dengan segala keberkatan, Allah Subhanawataala akan menyediakan segala keperluannya dan Allah Subhanawaatalla lah yang akan memerintahkan dunia supaya dating merangkak rangka kepadanya….”

Allahu…aku tak pandai untuk berhujah dan jauh sekali untuk berdebat dan sememangnya kami orang orang Dakwah tidak di benarkan berhujah dan berdebat…sekiranya ini berlaku maka ianya telah melanggar Usul dan Tertib Kerja Dakwah Tabligh.

Bagaimana pun aku boleh kongsikan sedikit kisah hidup aku bagi mencerahkan lagi akan kekelaman di dalam benak fikiran hantu hantu raya tu tadi…insyallah.

Kisah Isteri dan anak anak aku aku yang Allah bela dan jaga.

Cerita 1

Syukur kehadrat Allah, walaupun agak lama mengambil masa untuk menghabiskan Kuliahnya di Bidang Perubatan tetapi dengan izin Allah Azawajalla akhirnya isteri aku dapat senyum gembira untuk mengambil Sarjana Perubatannya.

Aku telah hentikan kuliahnya buat sementara kerana mengandung dan kerana melahirkan anak, jauh di sudut hati aku berdoa agar Allah berikan kesihatan yang baik kepadanya untuk menghabiskan kuliahnya, ternyata Allah Taala telah makbulkan Doa kami.



Hari peperiksaan terakhir dan hari ujian MUETnya aku menyorong isteri aku ke Dewan Peperiksaan dengan kerusi roda kerana beliau tidak mampu untuk berjalan dan menaiki tangga. Pandangan mata anak anak muda Siswa Siswi dan senyuman bangga mereka melihat kami sedikit membuatkan hati aku menanggis, apalagi isteri aku yang mengalirkan airmata, anak anak muda siswa siswi ini datang bersalaman dan beramai ramai cuba menolong untuk menyorong kerusi roda dan mengangkat isteri aku untuk menaiki tangga.

Allahu…semuga Allah merahmati mereka semua.

Secebis kisah di hari Konvokesyen atau Hari Wisudanya, aku telah menelefon Pejabat Universitinya dan menyatakan bahawa isteri aku tidak dapat menghadirkan diri di dalam upacara itu kerana masih lagi didalam keadaan berpantang, maka pihak Universiti telah memberikan Tarikh Hari Konvokesyen atau tarikh hari Wisuda yang lain, kami bersetuju dengan tarikh tersebut..

Sampai masanya kami telah menghadirkan diri, kedatangan tetamu lebih kurang sekitar 3500 orang dan di dalam keramaian manusia itu hanya isteri aku yang ber Niqab, semasa kami melintas di hadapan orang ramai, ada yang memandang kami dengan penuh kehairanan, ada yang memandang dengan pandangan jelek dan tak ramai juga yang senyum dan memberi salam.

Apa pun keadaan maka itu lah kami, keluarga “ Pekerja Agama “ kami berdua tidak pernah mengendahkan apa yang orang ramai nak kata, asalkan kami mendapat redha Allah yang Esa.

Disaat isteri aku berbaris mengambil tempat untuk naik ke pentas menerima Sarjananya aku duduk di bangku tetamu jemputan, dan aku melihat isteri aku menoleh kearah aku dan tiba tiba beliau datang kearah ku…aku melihat Niqabnya basah kerana airmat dan aku bertanya kenapa…isteri aku menjawab…

”mereka semua tak seperti saya…hanya saya yang bertutup begini dan ada yang memanggil serta mengejek saya “Siswi Ninja”….aku merenung isteri aku yang mengalirkan airmata dan aku faham akan perasaannya lalu aku berkata….

“Bersabarlah…Allah tidak akan Tanya berapa banyak Sarjana, Degree atau Phd yang kamu bawa bila berjumpa dengan NYA di Yaumul Masyhar nanti tetapi Allah akan Tanya bagaimana Iman dan berapa banyak Amal yang kamu bawa kepada NYA…”

Alhamdulillah, hari ini isteri aku gembira bersama Sarjananya, anak anaknya dan rumahtangganya, satu hari kata beliau kepada aku…”Alhamdulillah, Allah temu kan jodoh kita, dapat lah saya mengenal Usaha Agama…mendidik dan menggurus rumah tangga dengan cara agama dan bangun malam menanggis untuk umat yang telah jauh dari agama..”

Dan hari ini aku diberitahu bahawa berkat pengorbanan perasaan isteri aku satu masa dahulu maka kini telah ramai yang berani memakai Niqab serta berpurdah di Universitinya…

Barakallah

Semuga Allah memberkati Rumahtangga mereka mereka yang menjadikan hidupnya untuk maksud agama…amin

Cerita 2

Syukur, Bhai, aku malas dah nak menulis panjang lebar semata mata kerana nak fahamkan Hantu Hantu Raya yang sememangnya buat buat tak faham…seperti yang aku jawab untuk soalan Hantu Raya 1 maka cerita ini juga jawapan aku untuk soalan Hantu Raya ke 2…

Cerita anak aku ini telah lama aku tiliskan dan post kan dan telah pun pernah menjadi Viral di laman laman social, bagaimanapun aku ulang lagi supaya ianya menjadi jawapan kepada umu dan juga menjadi menafaat kepada semua…insyallah



Anak aku seawal usia 21 tahun menguruskan hidupnya sebagai Pelajar, Suami, Bapa dan Usahawan.

Alhamdulillah…syukur dapat selesaikan beberapa perkara yang agak memening kan kepala dan dalam masa yang sama Allah bagi kesempatan untuk menziarahi anak lelaki dan menantu perempuan serta cucu aku yang makin montel.

Disini cuma aku terpanggil untuk berkongsi pengalaman sebagai ayah dan atuk yang mana Allah telah anugerahkan satu amanah yang indah dan berat sekiranya kita tidak berjaya mengguruskannya.

Sepertimana yang korang dah tahu hampir setengah tahun yang lepas aku ada ceritakan dan postkan perihal “Bagaimana aku menjadi atuk di usia 40an dan bagaimana anak lelaki aku menjadi ayah di awal usia remaja”..kalau korang nak tau dan bagi mereka yang belum membacanya korang scroll scroll lah artikel lama yang aku dah posted kan dulu.



Hampir 2 tahun anak aku dan isterinya menjalani kehidupan sebagai Suami isteri, ayah dan ibu, pelajar dan juga sebagai salah seorang Usahawan di usia yang masih muda…sepintas lalu aku agak kasihan dan kadang kala menitik airmata didalam Doa doa ku bila melihat akan ketabahan, ketekunan dan kerajinan serta tangungjawab yang dipikiul oleh kedua dua anak aku yang masih didalam usia yang baru menjangkau 22 tahun.

Selesai semua urusan Kakak dan ahlia di HUSM, aku memberitahu ahlia yang kami akan pergi menziarahi cucu dan anak anak, ahlia gembira dan kakak seronok kerana akan dapat melihat Ali Mikhael yang telah beberapa bulan di rindui..

Aku menelefon anak lelaki dan bertanya khabar ” Assalaimualaikum bang, abang dekat mana, ayah nak gi rumah abang ni” anak aku menjawab “waalaikumusalam Yah, abang kat luar ni, nak pergi Kilang tengok product dan tempahan kotak, lepastu nak gi hantar Mimi gi Kelas lepas tu nak angkut barang barang pastu baru balik”…aku tanya lagi “Mikhael maner..?” anak aku menjawab pantas ” ada dengan abang ni”…

Di dalam kepala aku terbayang bagaimana seorang remaja lelaki yang memandu kereta dengan bayi kecil yang masih menyusu berada didalam Car seat disebelahnya dan bagaimana beliau mengantung anaknya didada semasa mengangkut kotak kotak barang perniagaannya dan sudah pasti sekali sekali bayinya akan menanggis meminta susu….Allahu….semuga Allah kuatkan semangat anak anak ku suami isteri…amin

Allahu, dia lah yang pergi ke Kilang melihat product perniagaan, mengguruskan pengagihan kepada stokis, menghantar isteri ke Kelas dan semasa isteri di Kuliah dia lah menjaga anak, mandikan, basuh kencing berak bagi makan dan dodoikan untuk tidur kehulu kehilir.

Bhai, kedua dua anak aku ni masih lagi didalam Kuliah, melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan Ijazah didalam bidang masing masing, mereka sudah pun mempunyai seorang anak yang baru pandai meniarap bernama Ali Mikhael dan mereka berdua juga menjalankan perniagaan sepenuh masa, maksud aku selepas habis waktu kuliah.



Sebagai pelajar aku nampak bilik tidur mereka dipenuhi buku buku dan nota nota, sebagai mak ayah kepada bayi kecil aku melihat sendiri bagaimana mereka berdua bergilir gilir mengendong bayi mereka kehulu kehilir dan sebagai peniaga aku juga melihat bagaimana si suami memikul kotak kotak yang berkilo kilo beratnya dan si isteri bersengkang mata melayani anak yang meragam dan dalam masa yang sama terkial kial membalas email, sms, whatsup serta mengguruskan pelangan juga stokis yang hampir 200 cawangan yang bukan sahaja di Malaysia malah dari Singapura, Indonisia dan Brunei.

Barakallah, semuga mereka di rahmati Allah sentiasa,

Bhai, seperti yang aku selalu cakapkan bukan senang nak senang dan bukan payah nak susah, semuanya atas usaha kita dan kemudian tawakal serta doa kepada Allah, mungkin hasil dari kecekalan dan doa mereka serta usaha, aku dapat melihat akan kehidupan mereka dapat di atur, mereka pergi Kuliah, menjaga anak dan menjalankan perniagaan,


Semenjak mereka berkahwin mereka tidak pernah meminta duit belanja satu sen pun dari aku, semuanya mereka cari sendiri dan mereka berdikari sehinggakan mereka dapat memiliki sebuah Syarikat Sdn Bhd sendiri, membeli beberapa buah kenderaan yang berharga RM 300K sendiri secara Cash dan tunai, semuanya hasil dari perniagaan mereka d idalam jangkamasa setahun lebih iaitu sebuah kereta Satria Neo untuk ke Kuliah, semuah Hilux untuk urusan perniagaan dan sebuah Porshe Cayen dan juga Range Rover Evox untuk kegunaan mereka bertiga sekeluarga, sebuah Nisan GTR Skyline untuk bersiar siar dan kini mereka telah membeli sebuah rumah bernilai RM 500K juga secara tunai dan mereka kini mulai untuk membina serta memiliki Factory atau Kilang sendiri.





Apa yang aku nak kongsikan disini bhai ialah korang semua jangan takut untuk kawin muda dan bagi ibu bapa, sekiranya anak anak bercadang untuk berkahwin diusia muda maka jangan kita menghalang, apa yang kita perlu lakukan ialah beri lah mereka semangat, panduan serta ambil berat tentang kehidupan mereka, dengar dan beri perhatian akan apa yang mereka luahkan dan nasihati mereka sekiranya ia tidak bersesuaian dan bertentangan dengan apa yang kita fikirkan.



Aku tidak banyak campur tangan akan urusan kehidupan mereka berdua tetapi aku melihat dan memerhatikan dari jauh dan terus terang aku bagitau bahawa setiap selepas solat 5 waktu dan waktu infiradi aku bersama keluarga aku akan buat Doa khusus untuk anak anak dan Doa aku akan di aminkan bersama ahlia serta anak anak yang lain, selalu nya aku akan cakap pada anak anak “joom.. kita Doa untuk abang, kakak dan adik”..

Tak lama lagi anak anak aku akan habis belajar dan mendapat Ijazah, dalam masa yang sama anak mereka membesar atau mungkin akan tambah sorang lagi dan perniagaan juga mula berkembang, sekarang mereka membina Office di bangunan sendiri dan yang paling penting, Insyallah, dari sekarang aku dah mula zihin anak lelaki aku untuk keluar 4 bulan IPB dan aku serta Ahlia perlahan lahan zihin menantu perempuan untuk bagi dia faham akan kerja agama ini, maklum lah masa anak lelaki aku keluar 40 hari selepas habis Diploma 2 tahun lepas mereka belum kahwin lagi…Insyallah,





Korang Doa lah semuga kami semua dipilih oleh Allah untuk buat kerja agama dan mati didalam usaha agama…Bukan senang nak ikram anak menantu Bhai…bagi yang anak dah kawin tu mungkin faham apa yang aku cakap ni kot..!!

Apa yang paling penting dari pengalaman aku…setiap dari kita kena mulakan gerbang rumahtangga dengan Agama…hubungan juga dengan agama…aku masih ingat lagi bila aku bermusyuarat untuk keluarkan anak lelaki aku tu 40 hari Khuruj selepas selesai Diploma…ramai juga yang mencebik bibir…tapi tak per lah…aku zihin anak aku dan fahamkan dia betapa pentingnya keluar jalan Allah 40 hari sebelum bekerja…sambung belajar atau sebelum mendirikan rumahtangga…

Alhamdulillah anak aku faham…dan Allah telah kasi dia lebih faham akan agama semasa dia berada di Jalan Allah..

Hasilnya dia balik dari khuruj 40 hari bawak fikir agama…walaupun tak tinggi melangit fikir dia, tetapi dia dapat jaga Sembahyang…Alhamdulillah..

Apa pun semuga kita semua di rahmati Allah dan sekali lagi bagi mereka yang belum kawin cepat cepat lah buat keputusan, samada kamu nak keluar 4 bulan dulu atau nak kawin kemudian keluar 4 bulan…aku syorkan korang keluar lah 4 bulan dulu lepastu baru fikir soal kawin…okey..!!!





Semuga perkongsian ini dapat memberi menafaat kepada ibu bapa dan anak anak bujang Tabligh…amin.

Bhai, aku pernah Tanya anak aku…apa yang abang Doa masa abang keluar 40 hari…jawab anak aku…”Doa yang ayah ajarkan tu laa…tarik Khazanah dari langit dan bumi”

Aku….Hehehe

Perhatian : Untuk Hantu Raya 2, ini bukan “Dunia” ker…?

Psst: Bhai, kalau orang dah tak suka…kita goyang kepala zikir pun dia kata kita ajaran sesat..kesian kan…?

Sumber : The Vocket


(Kisah Benar) Peristiwa Pelik di Bilik Pembedahan Al Hafidz


Kisah benar ini adalah sebuah kisah luar biasa mengenai seorang pesakit di negara Mesir yang dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan. Dijangkakan pembedahannya itu tidaklah merbahaya sebagaimana kebiasaan pesakit yang akan dibedah. Namun apa yang menarik dalam kisah kali ini adalah pesakit yang berusia dalam 60an itu adalah seorang Hafidz Al Quran yang saat beliau hendak masuk ke bilik bedah, beliau mula menangis. Doktor yang bertugas untuk membedahnya mula perasan akan reaksinya yang menangis tu.. dan kisah ini seperti yang diceritakan sendiri oleh doktor tersebut kepada Syeikh Muhammad Hassan...

 Pesakitnya itu, umurnya sudah melebihi 60 tahun janggutnya sudah beruban dan mukanya berseri². Ketika beliau memakai pakaian bedah yang diberi, beliau menangis...

Berikut adalah dialog antara doktor tersebut dengan pesakitnya itu tatkala dilihat pesakitnya itu menangis:..

Doktor: "Mengapakah kamu menangis sedangkan kamu adalah seorang Hafidz Al Quran? Wajah kamu berseri², kamu adalah tauladan bagi kami, (mengapakah kamu menangis)?"..

(Bukankah sepatutnya ahli Al Quran itu bersifat tenang dalam segala keadaan kerana Al Quran menjadi amalannya, Al Quran berada dalam dadanya. Tapi pesakitnya ni agak pelik, beliau tak menunjukkan sifat tenang atau seperti tak redha untuk dibedah. Inilah yang membingungkan doktor tersebut.)..

Lalu pesakit itu menjawab, "Demi Allah aku menangis bukan kerana takutkan kematian atau pembedahan ini".

Doktor: "Jadi kenapa kamu menangis?"

Kata pesakit tersebut, "Aku mendapat tahu pembedahan ini mengambil masa lebih dari 4 jam".

Doktor: "Ya boleh jadi pembedahan ni berlangsung dalam 4 - 6 jam".

Pesakit: "Alhamdulillah"..

"Apakah kamu takut?" Ditanya lagi oleh doktor..

"Tidak sekali-kali". Jawab pesakit itu..

"Jadi kenapa kamu menangis?" Tanya doktor tu lagi kehairanan..

"Aku menangis kerana hari ini aku tak dapat membaca wirid harianku, iaitu Al Quran". Jawab pesakit tersebut dengan perasaan sebak kerana terpaksa berpisah dengan bacaan Al Quran (dalam masa 4 - 6 jam itu).

Mendengar jawapan pesakitnya itu, tersentuh hati doktor dan tak mampu berkata apa². Melainkan doktor tu berkata dalam hatinya "(MasyaAllah, berapa banyak agaknya dia membaca Al Quran dalam sehari)".

Tertarik dengan jawapan pesakitnya itu, doktor mula bertanya lebih lanjut, "Berapa juzuk kamu membaca (Al Quran) sehari?"..

Dijawabnya, "Setiap 3 hari aku akan khatam Al Quran, InsyaAllah.. 10 juzuk dalam sehari. Jadi aku (menangis sebab) takut terlepas peluangku untuk membaca Al Quran (ketika aku dibedah sebentar lagi ini)"...

Doktor tu menceritakan (kepada Syeikh Muhammad Hassan) betapa dia merasa malu dan hinanya dia dibandingkan dengan pesakitnya itu, yang sungguh dimuliakan dengan Al Quran.



Kata doktor tersebut kepada Sy. Muhammad Hassan, "Pesakit yang perlukan pembedahan tu takut kehilangan masa tak dapat membaca Al Quran seperti kebiasaannya. Padahal dia sememangnya sakit. Sedangkan aku yang sihat ni tak membaca pon Al Quran seminggu, 2 minggu, sebulan.. Walaupon sepotong ayat aku tak baca dari Kitab Allah (Al Quran)".

Sambung dialog doktor dan pesakitnya itu; kata pesakit tua tersebut kepada doktor, "Wahai anakku, bolehkah aku meminta sesuatu?"

"Silakan". Kata doktor.

"Aku hendak solat (sunat) 2 rakaat dahulu, dan bila kamu dah letakkan aku di atas tempat pembedahan nanti, tinggalkanlah aku 1 jam tepat untuk aku dapat mengulangi bacaan Al Quran ku". Pinta si pesakit.

Dizinkan oleh doktor seperti diminta pesakitnya itu. Kemudian setelah masa (solat 2 rakaat) yang diberikan sampai, doktor pon datang untuk mula membiusnya..

Pesakitnya itu berkata, "Kamu boleh mulakan pembedahan ke atas ku selepas menunaikan hasrat ku itu dengan TaufiqNya"..

Doktor membalas, "Ok kami benarkan kamu berbuat begitu"..

Beliau pon berbaring di atas katil bedah dan memulakan bacaan (hafazannya) Al Qurannya. Setelah 1 jam seperti yang dijanjikan, doktor pon datang dan mula memberinya bius. Setelah beberapa ketika pesakitnya itu mula kelihatan tak sedarkan diri. Kemudian doktor bersama kumpulan pembedahan datang untuk memulakan pembedahan ke atas pesakitnya yang sudah tak sedarkan diri itu. Ketika inilah doktor dan kumpulan jururawat pembantu pembedahan itu melihat sesuatu yang luar biasa berlaku ke atas pesakitnya itu.

"Demi Allah, wahai Syeikh Muhammad, aku melihat lidahnya tak berhenti dari membaca Al Quran sepanjang tempoh pembedahan, sedangkan dia dalam keadaan koma (dibius)". Demikianlah doktor itu menceritakan kepada Syeikh Muhammad Hassan.

Kesimpulan
Mulianya hamba Allah yang hidup dengan Al Quran. Kisah di atas membuktikan betapa Allah telah memuliakan beliau dengan Al Quran. Dan beruntunglah sesiapa yang dapat hidup dengan Al Quran, kelak nanti Al Quran pasti akan menjadi temannya, pembelanya dan dapat mensyfaatinya di Akhirat kelak.. untungnya..

Masih ingatkah kita suatu ketika dulu bila kisah kubur yang hendak dipindahkan ke tapak kubur baru, kecoh kisah beberapa mayat yang dah berpuluh² tahun bersemadi, ketika dikeluarkan untuk dipindahkan.. mayat² tu elok seperti masih baru. Dan menurut beberapa kisahnya seperti yg diceritakan, antara amalan jenazah yang elok tak reput tersebut adalah amalan membaca Al Quran..

Marilah kita (khususnya diri aku sendiri) berazam dan tekad untuk dapat membaca Al Quran, dengan adab yang betul, iaitu bersuci (berwuduk), mengambil dan membuka kitab Al Quran, melihat pada ayat² Nya, dan membacanya secara tenang, penuh rasa keinsafan. InsyaAllah amalan yang sedikit, walau hanya sepotong ayat sehari sudah memadai untuk menjadi amalan istiqomah kita setiap hari. Dan semoga Allah rezekikan kita dapat membacanya setiap hari, walau hanya sepotong ayat (daripada tiada langsung), seperti yang pernah dikongsikan oleh Ustazah Norafizah Musa - bacalah walau hanya sepotong ayat Al Quran sehari.

Wallahu'alam..

Sumber : http://mindloading.blogspot.com


Bomoh Sengal !!! Bayi 2 hari dipaksa Berjalan untuk Sembuhkan Demam


INDIA. Seorang #bayi yang baru berumur dua hari dipaksa berjalan oleh seorang bomoh dalam usaha menyembuhkan demam panas bayi tersebut, Isnin lepas.

Agensi berita tempatan, #NDTV memberitahu, bayi tersebut yang menderita demam panas sejak dilahirkan dibawa berjumpa seorang bomoh wanita berusia #50-an di sebuah kampung.

Bomoh tersebut kemudian memaksa bayi tersebut 'berjalan' sambil memegangnya di bahagian leher.

Seorang #saksi kemudian bertindak merakam 'upacara' tersebut dan memberikannya kepada pihak polis.

Kampung tersebut yang terletak di #Marigaon kemudian diserbu polis dan menahan dua orang wanita dan bomoh tersebut.

Bayi tersebut kemudian dibawa ke hospital berhampiran.

Pegawai polis, Rakesh Kumar memberitahu bahawa upacara 'bomoh mistik' mempengaruhi orang ramai untuk tidak peduli keadaan bayi tersebut yang baru lahir.

"Bayi tersebut memang demam panas, tapi sekarang sudah sihat. Kita perlukan kempen tentang cara-cara penjagaan bayi baru lahir dan ibu baru bersalin," kata Rakesh.


Sumber: Sinar Harian


(Wajib Baca) Haramkah Dubsmash Disisi Islam?


#Dubsmash Adalah Trend Terbaru Di media Sosial dubsmash adalah Sebuah Aplication Video Yang Membolehkan Anda Mengajuk Suara Atau Melakonkan Dan Menyanyikan kembali Lagu lagu Artis Dalam Bentuk Parodi,  parodi atau parody bermaksud karya sastera, seni, meniru gaya pengarang atau pencipta lain dgn cara yg me­lucukan atau menyindir Untuk Membuat Orang #Ketawa

Populariti Dubsmash Yang Sudah Tersebar Hampir Ke seluruh Pelusuk Dunia Ini  Termasuk Malaysia Akhirnya Memanggil #Ustaz Farhan Tampil Kedepan Membincangankan Dan Menjelaskan Bahawa Trend Dubsmash Tidak Sesuai Untuk Orang Islam kerana Dubmash Boleh Menjadi Haram?  Ikuti Penjelasan Beliau Mengenai Kegilaan Dubsmash Ini..



dubsmash kini haram dubsmash haram disisi islam

Oleh : Ustaz Fashan

Gejala #DUBSMASH dikenali dalam istilah bahasa arab sebagai Al-Muhaakah(المحاكاة).Ia bermaksud meniru-niru gerakan atau suara orang lain kebiasaannya bertujuan untuk mengejek,menghina dan merendah-rendahkan orang lain.

Hukumnya haram,dan ia bertambah haram jika ia dilakukan bertujuan untuk mentertawakan orang lain ia termasuk dalam bentuk istihza'(mengejek),sindiran dan ghibah yang diharamkan syarak,bertambah haram apabila ia disertai muzik dan nyanyian.

Nabi Sallallahu’alaihiwasallam pernah menegur #Ummul Mukminin Aisyah r.a ketika Aisyah r.a meniru gaya dan gerakan seseorang dalam ucapannya,Nabi Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:

ما يسرُّني أني حكيتُ رجلًا وإنَّ لي كذا وكذا

“Aku tidak suka meniru-niru(gaya) seseorang walaupun aku diberikan dengan seperti ini dan ini(sesuatu apa pun(yang bernilai)”

[ HR At-Tirmidzi:hasan shahih ]

Para Ulama menjelaskan perbuatan tersebut adalah perbuatan haram lagi tercela.Imam An-Nawawi rahimahullah mengkategorikan perbuatan Al-Muhaakah ini termasuk dalam perbuatan ghibah(mengumpat)yang diharamkan.

Ia juga termasuk perkara sia-sia,tambahan jika ia dilakukan bertujuan membuat orang ramai ketawa ia termasuk dalam kategori #DUSTA yang dilarang dan didoakan kecelakaan bagi pelakunya oleh Nabi kita Sallallahu’alaihiwasallam dalam sabdanya:

ويلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ بالحدِيثِ لِيُضْحِكَ بِهِ القوْمَ فيَكَذِبُ ويلٌ لَهُ ويلٌ لَهُ

“Celakalah orang yang bercakap sesuatu percakapan bertujuan dengannya untuk membuat orang lain ketawa,lantas dia berdusta,celakalah dia,celakalah dia!!.”

[ HR Abu Daud:hasan ]

Apakah segala keseronokan DUBSMASH itu boleh ditebus dengan kecelakaan yang didoakan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam?

Sebagai nasihat,tidak selayaknya seorang muslim berpelakuan seperti ini,seorang muslim wajib menjaga akhlaknya dan menggunakan masanya untuk perkara yang boleh memberi manfaat untuk agama dan dunianya,bukan dengan melakukan perkara yang tercela lagi hina seperti DUBSMASH ini.

#Semoga Allah memberikan hidayah petunjuk kepada semua kaum muslimin.

~Wallahualam Semoga Kite Terhindar Dari Pekara Yang Haram..

Sumber : FB


12 Gambar HOT ADELINE yang sangat mengancam


Secara jujurnya, #Adeline atau pemilik nama penuh #Adeline Tsen ini mengakui banyak berkawan dengan lelaki Melayu sejak menuntut di pusat pengajian tinggi.

“Agama bukan penghalang untuk saya berkawan atau mengenali seseorang itu dengan lebih dekat. Apa yang penting ialah kejujuran untuk menerima saya sebagai seorang yang istimewa di hatinya.

“Bagi keluarga saya ia bukan sesuatu yang ganjil sebab abang sulung saya juga sudah memeluk agama #Islam. Bagaimanapun, niat untuk memeluk sesebuah agama biarlah lahir dari hati bukan kerana sesuatu yang lain,” ujarnya.

Wanita berusia 24 tahun ini juga memberitahu pengalaman rakan-rakannya yang sudah memeluk Islam memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang agama itu.

“Saya berani bercakap begitu kerana ramai rakan saya yang sudah memeluk Islam. Tapi mereka tukar agama bukan kerana ingin berkahwin semata-mata.

“Ada sepasang suami isteri bukan beragama Islam tetapi mengambil keputusan selepas berkahwin untuk memeluk Islam,” katanya yang mempunyai darah keturunan #Melayu Brunei.

Adeline juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan komersial. Dia sering menerima tawaran persembahan nyanyian dan modelling sebagai pendapatan sampingan.

“Sejak kecil saya aktif menyanyi berbanding berlakon tapi rezeki saya lebih ke bidang lakonan. Saya sedar untuk menyanyi bukan sesuatu yang mudah buat masa sekarang.

“Saya masih lagi menyimpan impian untuk menyanyi dan mungkin tahun depan saya akan keluar dengan single pertama bersama seorang rakan artis,” katanya.

Jom layan gambar Adeline yang memang cantik dan menawan .













Wednesday 29 April 2015

14 FOTO ELISYA,,,ADIK FASHA SANDHA YANG SUPERHOT DAN MAMPU MENGGEGARKAN JIWA LELAKI !!!

Secantik kakaknya.,, Malah, dengan wajah cun melecun macamni, kami yakin adik Fasha Sandha ini memang boleh ‘laku’ dalam industri hiburan Malaysia.....


Nampaknya, jangkaan kami memang tepat apabila khabarnya Elisya Sandha bakal berganding dengan kakanya dalam filem Anak Mami. Wah, bergabung meletop lah jawabnya ni!!!!

"so here’s the story.. long time ago i used to follow my sister pergi shooting when i was little mostly semua shooting la. dia juga rajin bawa i pergi set selalu since then i start learning about shooting all this and i really wanna be like her dulu she is herself a superwoman and proved that women is not weak but strong mentally and physically .....

#she taught me SO MANY THINGS! she ajar me how to be a good girl with dignity, how to respect people and banyaaaak lagi. yes, my sister garang like harimau ok but dia garang for a reason.....

#she always said “marah sebab sayang” and dulu i ingat dia marah sebab tak sayang but sekarang dah tahu unexpectedly i dapat offer belakon with my sister macam ya dulu tengok je dia belakon but now dapat belakon together my dream untuk bekerja with her came true.......

#alhamdulillah. angah if you are reading this i wanna say I LOVE YOU SO MUCH! we laugh, we cry, we make time fly, bestfriend are we, you and me angah! :’) thanks for being there whenever i need you and THANK YOU FOR EVERYTHING you are a great role model i swear love, your lil sister elisya."........

Jom saksikan 15 foto Elisya Sandha yang menggegarkan jiwa lelaki di bawah.......


















Erin Malek Kongsi bonjolan 'Baby Bump' Dengan Gaya Yang Seksi !!!

Baby Bump Erin Malek yang dikongsi melalui laman Instagram miliknya. Semakin berseri bakal ibu ini kan? Namun Busana Yang Dikenakan Agak Sedikit Seksi Dan Ketat.......

Jika sebelum ini beberapa artis kita telah mendapat anak kembar seperti Sazzy Falak dan Sharifah Aleya, terkini Erin Malek atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 21, pula disahkan sedang mengandung anak kembar........







AWAS Wanita....MESTI Baca...Inilah Bahaya Dan Akibat Jika Malas Pakai Seluar Dalam !!!


Beijing: Seorang wanita enggan memakai seluar dalam sejak setahun lalu kerana tidak selesa akibat lebihan lemak melampau pada perutnya menyebabkan badannya menjadi tidak seimbang....

Wang, 37 memaklumkan doktor di Hospital Umum Kuang Tien lemak itu membuatkan punggungnya nampak terlalu kecil dan pelik....

Keadaan itu, katanya, menyebabkannya tidak selesa menggunakan seluar dalam, tabiatnya itu menimbulkan masalah lain ketika musim sejuk apabila bahagian sulitnya terlalu sejuk dan tidak mendapat perlindungan sewajarnya walaupun jika dia memakai kot tebal....

Berikutan itu, Wang mahu menjalani pembedahan sedutan lemak untuk membuang lingkaran lemak di sekitar perutnya.....




Tuesday 28 April 2015

KISAH BENAR "AWAS" Bahaya Jika Tidak Asingkan Tempat Tidur Anak-Anak Anda !!!


Walaupun anak-anak ini kelihatan begitu lena, namun kita tidak dapat menjamin bahawa mereka tidak akan tersedar sehingga ke pagi. Maka berwaspadalah sentiasa!


Pendidikan se-ks, apa yang anda fikirkan apabila disebut perkataan ini? Ramai yang rasa ia adalah satu perkara yang lu-cah dan memalukan. Namun, ketika saya ingin menulis tentang mengasingkan anak tidur dari ibu bapa, saya menyelak buku Pendidikan Anak-Anak Islam tulisan Dr Nasih Ulwan. Saya dapati, Dr Nasih Ulwan telah menerangkan tentang perkara terbut di dalam satu bab yang panjang iaitu bab pendidikan se-ks.


Setelah diteliti, ternyata bahawa pendidikan se-ks di dalam keluarga islam sangat-sangat dipentingkan untuk menjaga anak-anak dari terdedah kepada gejala sosial yang amat membimbangkan sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat pada masa kini.


Melihat kepada gejala sosial yang berlaku kini seperti penzi-naan, pembuangan anak, se-ks di luar ta-bii dan banyak lagi jenayah yang berlaku di kalangan remaja Islam, saya merasakan bahawa pendidikan se-ks di dalam Islam yang banyak berkisar kepada penjagaan aurat dan adab-adab sesama ahli keluarga dan individu lain perlulah ditekankan oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil


Memetik sebuah ayat alquran dari surah An-Nur ayat 58


“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) yaitu: sebelum sembahyang subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar) mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya. (Itulah) tiga 'aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”



Daripada ayat di atas, Allah telah membimbing tentang asas pendidikan di dalam rumah. Maka sejak kecil lagi, anak-anak mestilah dibiasakan untuk meminta izin, pada masa-masa dimana seorang lelaki dan seorang perempuan sedang duduk bersama-sama, supaya anak-anak kecil ini tidak terserempak dengan sesuatu keadaan yang dia tidak sepatut melihatnya.



Adab ini mestilah diajar kepada anak-anak sebelum umur baligh mereka dan mereka mestilah mememinta izin dalam tiga keadaan iaitu



I. Di waktu sebelum sembahyang subuh kerana pada ketika itu manusia sedang tidur di atas tempat peraduan mereka

II. Di waktu tengah hari, kerana manusia mungkin sedang menanggalkan pakaiannya ketika itu, dan sedang duduk bersama-sama isterinya

III. Di waktu sesudah sembahyang isyak kerana waktu itu adalah waktu tidur dan waktu berehat



Sekiranya anak-anak sudah baligh dan cukup akal, maka wajiblah kepada para ibu bapa dan pendidik untuk mengajar mereka meminta izin pada ketiga-tiga waktu tersebut sesuai dengan firman Allah yang bermaksud



“Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”


Anak-anak kecil sebelum baligh lagi sudah diarahkan untuk meminta izin untuk memasuki bilik tidur, jadi bagi ibu bapa, peraturan ini perlulah dilaksanakan di dalam rumahtangga. Maka, pengasingan bilik tidur antara anak-anak dan ibu bapa perlulah dibuat sejak anak-anak kecil. Jika masih tidur sebilik, bagaimanakah kita dapat mengajar anak-anak tentang adab meminta izin ini?


Melalui pengamatan saya, setelah berkecimpung di dalam arena pendidikan anak-anak selama hampir sepuluh tahun, saya dapati ramai di kalangan ibu bapa yang melihat proses mengasingkan anak-anak tidur dari bilik ibu bapa sebagai satu perkara yang remeh.


Saya mendapati ramai ibu bapa yang masih tidur sebilik dengan anak-anak walaupun anak-anak telah menjangkau usia lima dan enam tahun, bahkan saya juga pernah bertemu dengan anak yang masih tidur di bilik ibu bapa walaupun sudah berumur tujuh atau lapan tahun.


Saya ingin menarik perhatian ibu bapa diluar sana tentang satu peristiwa yang saya lalui sendiri.



Pada suatu hari, seorang guru datang menemui saya.


“Kak syifa, ada seorang pelajar lelaki lima tahun dari kelas saya selalu berkelakuan yang tidak sopan terhadap rakan-rakan perempuannya. Saya dah cuba untuk menasihatinya, tetapi ia tidak memberi kesan. Dia tetap melakukan perkara yang sama berulang kali, dan ia sangat membimbangkan saya.” Cikgu Ida memulakan cerita dengan wajah penuh kebimbangan. Saya mendengar dengan teliti.



“Kelakuan yang tidak sopan? Dia buat macammana?” Hati saya sudah berdetap kencang, namun saya cuba mengawal perasaan agar kebimbangan saya itu tidak menambah kerisauan yang bersarang di dalam diri Cikgu Ida. Cikgu Ida merupakan seorang guru yang sangat prihatin, apa jua masalah yang berlaku di tadika, pasti akan dibawa berbincang untuk menyelesaikannya.



“Dia buat benda-benda yang tak senonoh la kak, saya nak cerita pun rasa malu.” Cikgu Ida cuba berbahasa dengan saya, wajahnya tertunduk mungkin tidak sanggup hendak menceritakan perihal anak muridnya itu.



“Dia buat macamana Ida? Akak tak boleh nak tangkap apa yang Ida cakap ni. Demi kebaikan anak-anak di tadika kita ni, cuba Ida ceritakan apa yang berlaku sebenarnya.” Saya memujuk Cikgu Ida untuk bercerita dengan lebih jelas. Perkataan ‘tidak senonoh itu terlalu umum untuk saya terjemahkan.



“Mmm… Mmm… Dia suka cium dan pegang-pegang budak perempuan la kak… Pelajar-pelajar perempuan selalu mengadu dengan cikgu-cikgu, saya bimbang jika perkara ini berlarutan ibu bapa akan membuat aduan, dan saya bimbang jika pelajar perempuan yang diganggu itu tidak mahu lagi ke sekolah.”



Saya mengangguk-angguk sambil menumpukan sepenuh perhatian kepada aduan beliau.

“Baru-baru ini, dia bermain dengan kawan-kawan di bawah meja, kemudian tidak semena-mena dia mencium pipi seorang budak perempuan ni, pelajar-pelajar lain yang melihat kejadian ini menjerit-jerit memberitahu cikgu-cikgu manakala pelajar perempuan tadi sudah menangis, mungkin terasa malu dan tidak selesa dengan kelakuan rakannya itu tadi.”



“Bila cikgu-cikgu bertanya kenapa dia buat begitu, dia hanya terkulat-kulat memandang cikgu dan hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu bercakap, cikgu –cikgu sudah menasihatinya dan berpesan kepada pelajar-pelajar lain agar tidak melakukan perkara yang sama. Namun, ia berulang lagi tengahhari tadi. Nampaknya kita perlu melakukan sesuatu untuk membendung perkara sebegini.” Panjang lebar Cikgu Ida menjelaskan kepada saya. Saya menelan air liur yang terasa pahit.



“Oh begiitu, ada apa-apa lagi kelakuan yang tidak menyenangkan?” Saya bertanya lagi



“Mmm… Dia juga selalu menyebut-nyebut perkatan “cium mulut”.. Ish akak, saya nak sebut pun malu rasanya.” Merona warna kemerahan di wajah Cikgu Ida, malu. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Tidak menyangka anak sekecil lima tahun sudah tahu perkataan-perkataan sebegitu. Saya beristighfar berulang kali.



“Berat juga masalah ni, tapi Insya Allah masih boleh diubati dan diselesaikan. Insya Allah, sama-sama kita hadapi masalah ini dengan berhikmah dan bijaksana.” Saya menutup perbincangan dengan menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah ini secara serius....



Selepas perbincangan saya dengan Cikgu Ida hari itu, saya banyak meluangkan masa untuk melihat sendiri apa yang dilakukan oleh pelajar tersebut tanpa dia menyedari dia sedang diperhati...



Setelah beberapa waktu menyiasat perkara tersebut, terkejut saya apabila saya bertanya : “Kamu tengok siapa buat macam ni? Kamu tengok di televisyen?”



Anak kecil itu menggeleng lalu berkata: “Ibu dan ayah.” Terkedu saya sebentar lalu beristighfar panjang....



“Kamu tidur di bilik kamu atau di bilik ibu ayah kamu?” Saya bertanya lagi



“Bilik ibu ayah.” Pendek sahaja jawapannya



Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya tiada cara lain selain memanggil ibu bapa berkenaan untuk berbincang, dan ternyata ibu bapa itu sendiri terkejut kerana mereka membayangkan bahawa anak-anak sudah tidur sewaktu mereka ‘bersama’.



Kisah-kisah sebegini sebenarnya banyak saya dengar dari rakan taulan pengusaha tadika yang lain. Bahkan satu kisah yang lebih teruk saya dengar, seorang pelajar lelaki telah duduk di atas perut seorang pelajar perempuan ketika pelajar itu tidur kerana melihat bapanya berbuat begitu terhadap ibunya. Na’uzubillah.


Perkara sebeginilah yang perlu kita elakkan, jangan biar sudah berlaku sedemikian, baru lah kita ingin mengambil tindakan. Pada saya, bukan mudah untuk membaiki keadaan, kerana anak itu berkelakuan sedemikian diatas faktor pernah melihatnya sendiri. Malah, ia dilakukan oleh orang yang paling mereka percayai iaitu ibu bapa mereka sendiri! Bagi mereka apa yang dibuat oleh ibu bapa bukanlah perkara yang salah.



Yang lebih membimbangkan, anak kita bukanlah seperti komputer yang boleh kita hapuskan sahaja maklumat yang tidak kita ingini lagi dengan menekan butang ‘delete’. Sekali ia tersimpan di dalam memori mereka, apakah caranya untuk memadamkannya?


Oleh itu wahai ibu bapa yang budiman, asingkanlah anak-anak dari bilik tidur kalian seawal mungkin, iaitu apabila anak sudah pandai meniru kata-kata dan tingkah laku kita. Walaupun ia proses yang agak sukar, namun kita mestilah serius untuk menjayakannya....



Jangan biarkan nasi menjadi bubur, kerana kita tidak tahu mungkin anak kita tersedar dari tidur dan terlihat perkara yang tidak sepatutnya. Berjaga-jagalah dari awal lagi.



Oleh itu, bagi kita umat Islam yang meyakini bahawa Al-Quran adalah manual kehidupan yang paling lengkap dan terbaik, kita perlulah meyakini bahawa Islam amat mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak dari sejak mereka mula mengenal sifat malu, dan akhlak pergaulan yang baik serta budiperketi Islam yang mulia....



Sehingga, apabila anak mencapai usia remaja, dia akan menjadi satu contoh teladan yang mulia dalam kelakuan dan akhlaknya...



Betapa kerap berlaku sesuatu yang memalukan, apabila si anak masuk ke dalam bilik tidur, dan terserempak melihat kedua ibu bapanya sedang asyik dalam perhubungan se-ks. Kemudian si anak itu keluar dari situ seraya bercerita sesama teman-temannya yang kecil. Dan berapa banyak pula yang mengkhayalkan lakonan itu di dalam lintasan fikirannya ketika gambaran itu berulang di dalam otaknya...



Dan betapa banyak pula anak yang menyeleweng disebabkan dari kecil telah merasa keinginan kepada se-ks dan telah melihat bagaimana caranya berhubungan se-ks serta merasa kelazatannya....



Lantaran itu, maka wajiblah atas ibu bapa dan para pendidik teguh dengan adab Al-Quran Al-Karim dalam hal mengajar anak meminta izin sejak dia mula berakal. Mudah-mudahan anak-anak akan mempunyai akhlak yang mulia, mempunyai peribadi Islam yang berbeza dengan yang lain serta menjadi penyejuk mata kita di dunia dan akhirat....



Wallahua’lam................


sila share jika bermanfaat !!!!!!!!!!!!!!!!!!!