Saturday, 23 May 2015

Filled Under:

Bomoh Sengal !!! Bayi 2 hari dipaksa Berjalan untuk Sembuhkan Demam


INDIA. Seorang #bayi yang baru berumur dua hari dipaksa berjalan oleh seorang bomoh dalam usaha menyembuhkan demam panas bayi tersebut, Isnin lepas.

Agensi berita tempatan, #NDTV memberitahu, bayi tersebut yang menderita demam panas sejak dilahirkan dibawa berjumpa seorang bomoh wanita berusia #50-an di sebuah kampung.

Bomoh tersebut kemudian memaksa bayi tersebut 'berjalan' sambil memegangnya di bahagian leher.

Seorang #saksi kemudian bertindak merakam 'upacara' tersebut dan memberikannya kepada pihak polis.

Kampung tersebut yang terletak di #Marigaon kemudian diserbu polis dan menahan dua orang wanita dan bomoh tersebut.

Bayi tersebut kemudian dibawa ke hospital berhampiran.

Pegawai polis, Rakesh Kumar memberitahu bahawa upacara 'bomoh mistik' mempengaruhi orang ramai untuk tidak peduli keadaan bayi tersebut yang baru lahir.

"Bayi tersebut memang demam panas, tapi sekarang sudah sihat. Kita perlukan kempen tentang cara-cara penjagaan bayi baru lahir dan ibu baru bersalin," kata Rakesh.


Sumber: Sinar Harian




0 comments:

Post a Comment